mutakhir

Bilik hasil dimamah api

Baling: Bilik hasil Pejabat Daerah dan Tanah Baling di tingkat bawah bangunan dua tingkat itu musnah 70 peratus dalam kejadian kebakaran, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, api mula terbakar di bilik hasil di tingkat bawah pejabat itu sebelum disedari orang ramai yang menghubungi bomba.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 10.36 malam dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.

“Sebaik tiba, kami mendapati api marak.

“Api dikawal pada 10.45 malam dan dipadam pada 11.35 malam,” katanya.

Disiarkan pada: July 9, 2016 @ 8:14am
d