mutakhir

Kejutan bau asap

Melaka: “Mujur saya tidak terlelap kalau tidak sudah pasti sesuatu yang lebih teruk akan berlaku kerana api marak begitu cepat,” kata mangsa kebakaran, Ramli Isnin, apabila rumah peninggalan arwah ayahnya musnah di dalam kebakaran di Jalan Pengkalan Jajar, Alai, di sini, semalam.

Kejadian jam 12.30 tengah hari itu, berlaku apabila bilik belakang rumah berkenaan tiba-tiba terbakar sebelum merebak ke bahagian rumah yang lain.

Menurut Ramli, 57, semasa kejadian dia berehat di dalam biliknya berdekatan dapur, bagaimanapun tiba-tiba dikejutkan dengan bau asap sebelum keluar melihat daripada mana datangnya bau terbabit.

Katanya, ketika kejadian dia tinggal seorang diri di rumah kerana adik dan anak saudaranya sudah keluar selain ibunya yang berusia 70-an mengikut adik-beradik lain beraya di Singapura.

Disiarkan pada: July 11, 2016 @ 10:05am
d