mutakhir

Lima hadapi tuduhan bunuh wanita

Seremban: Lima individu termasuk suami kepada wanita yang mati dibunuh pada 4 Julai lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Lelaki terbabit, N Agilan, 22, bersama empat rakannya, R Logiswaran, 21, R Naagarajan, 26, N James Muthiyah, 26, dan seorang wanita, R Letchumy, 24, dituduh membunuh P Janthi, 25, di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini.

Perbuatan itu dilakukan antara jam 8.45 pagi hingga 5.30 petang, pada 4 Julai lalu.

Sebaik pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Rahimah Rahim, mereka mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung.

Mahkamah menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes.

Disiarkan pada: July 20, 2016 @ 10:21am
d