mutakhir

Tercabar

Ternyata apabila berdepan dengan cabaran pada altitud tinggi bukan sesuatu yang mudah diharungi meskipun rata-rata peserta Ekspedisi Pendakian Gunung Stok Kangri, India untuk misi ‘Climb for Peace, Water for Syria’ mempunyai pengalaman mendaki lebih 5,000 meter dari aras laut.

Memulakan pendakian hari pertama di Jingshan pada ketinggian 3,500 meter sekitar 10 kilometer dari Bandar Leh masih ada perserta tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran altitud tinggi.

Namun, pendakian ini masih perlu diteruskan mengikut perancangan yang dijadualkan Kelab Jelajah Alpine-Malaysia (KJA-M).

Pada hari pertama kami perlu menamatkan pendakian ke Rumbak Valley pada ketinggian 4,000 meter sekitar 12 kilometer dari Jingshan.

Laluan panjang dan berbukit, peserta perlu berjalan perlahan pada persekitaran altitud tinggi kerana berjalan laju boleh diserang penyakit akut gunung (AMS).

Sekitar lapan jam berjalan, akhirnya kami tiba di Rumbak Valley selepas melalui perjalanan sukar dan ada antara peserta kurang sihat akibat melalui perjalanan terlalu panas dan kering serta lapisan oksigen yang rendah.

Bagi penulis, perjalanan pada hari pertama mencabar dan tidak pernah melalui perjalanan yang mengambil masa sehingga lapan jam pada permulaan aktiviti pendakian bagi pendakian di gunung beraltitut tinggi.

Orang ramai yang ingin menyumbang membina telaga air bersih di Syria boleh terus menyalurkan dana ke akaun Maybank Aman Palestin 562263010787.

Disiarkan pada: July 20, 2016 @ 10:26am
d