mutakhir

Tersepit dalam nahas 6 kenderaan

Oleh Azma Razana Johari

Butterworth: Seorang lelaki cedera selepas terbabit kemalangan membabitkan enam kenderaan di Persimpangan Susur Keluar Sungai Dua, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, lelaki berkenaan tersepit di tempat duduk pemandu Nissan Grand Livina.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.45 pagi sebelum tiba lapan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, kami dapati seorang lelaki tersepit di dalam kenderaannya dan kami memotong kenderaan itu untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa dikeluarkan jam 8.20 pagi sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Disiarkan pada: July 27, 2016 @ 9:25am
d