mutakhir

36 'Black Pond' dalam bagasi

Oleh myMetro

Kuala Lumpur: Tindakan kejam apabila sebanyak 36 kura-kura spesies Black Pond disumbatkan ke dalam empat beg bagasi sebelum diseludup masuk ke negara ini.

Haiwan liar dilindungi itu yang dipercayai diseludup dari India bagaimanapun terselamat dari menjadi juadah hidangan eksotik apabila sepasukan Unit Jenayah Hidupan Liar (WCU) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) menemui kura-kura itu di sebuah hotel murah di ibu kota semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dalam serbuan jam 1 pagi itu, pihak WCU turut menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai menyeludup haiwan itu melalui jalan udara.

Menurutnya, WCU sebelum itu menyerbu sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor, pada jam 7 malam dan menahan dua lelaki warga India.

“Hasil serbuan itu WCU menemui 1,011 kura-kura spesies Star Tortoise dan 23 ekor kura-kura Indian Roofed Turtle yang disimpan di kediaman berkenaan.

“Semua suspek berusia 32 hingga 39 tahun kemudian diberkas untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Jabatan Perhilitan, Cheras, semalam.

Disiarkan pada: July 27, 2016 @ 9:32am
d