mutakhir

Wanita cedera kereta hilang kawalan

Oleh myMetro

Karak: Seorang wanita cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 26.7 Lebuhraya Karak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Noor Fatehah Hamdan, 29, memandu Toyota Vios dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Pegawai Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Lumpur Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.20 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian, mangsa sudah dikeluarkan dari keretanya oleh anggota bomba yang tiba lebih awal di lokasi,” katanya.

Shahrul Kamar berkata, mangsa luka di telapak kaki dan diberi rawatan awal di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Disiarkan pada: August 5, 2016 @ 10:48am
d