mutakhir

Ambilan graduan perubatan ATM

Kuantan: Graduan perubatan termasuk dari luar negara yang menamatkan pengajian dijangka dapat diterima untuk memulakan latihan perubatan di hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai 1 Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM Leftenan Jeneral Datuk Dr Abdul Razak Md Yusoff berkata, ketika ini pihaknya menunggu kelulusan dan akreditasi daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

“Pada peringkat awal, kami bercadang membuka pengambilan antara 30 hingga 40 graduan perubatan dan bilangan itu akan ditambah pada masa akan datang.

“Ia akan dilaksanakan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Kuala Lumpur, Hospital Angkatan Tentera, Terendak, Melaka dan Hospital Tentera Darat, Gemas, Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup persidangan perubatan ketenteraan, Asia Pacific Military Health Exchange 2016, di sini, semalam.

Disiarkan pada: August 6, 2016 @ 10:03am
d