mutakhir

Dua blok bangunan hotel ternama musnah

Sepang: Dua blok menempatkan dapur, restoran, pentadbiran dan stor di Hotel Concorde Inn berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) musnah dalam kebakaran petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, dua daripada 20 blok bangunan hotel itu musnah namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Zamri Che Din berkata, api berjaya dikawal jam 6.15 petang menggunakan kaedah ‘fire break’ bertujuan mengelak api merebak ke bangunan lain berdekatan.

Beliau berkata, punca kebakaran masih disiasat dan tiada laporan kecederaan diterima.

“Kami menerima panggilan kecemasan jam 3.48 petang sebelum beberapa jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dan Sepang dengan kekuatan 20 anggota,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, operasi turut disertai Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) berpangkalan di KLIA.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, api berpunca daripada bahagian dapur hotel berkenaan.

Disiarkan pada: August 10, 2016 @ 7:47am
d