mutakhir

Lambaian Baitullah di Bir Ali

Oleh Safar Ahmad

Makkah: Seramai 25 petugas media selamat tiba, di sini, kelmarin selepas 12 hari membuat liputan mengenai operasi haji di Madinah.

Rombongan tiba jam 10 malam selepas melalui perjalanan enam jam menaiki bas.

Sebelum itu, kumpulan petugas singgah di Masjid Bir Ali iaitu miqat atau sempadan sembilan kilometer dari Madinah untuk solat sunat ihram dan berniat untuk melakukan ibadat umrah.

Selepas tiba di Makkah petugas melakukan tawaf diikuti saie dan bergunting.

Selain Harian Metro, petugas media lain termasuk daripada akhbar New Straits Times, Utusan Malaysia, BERNAMA, BERNAMA TV, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV Al-Hijrah dan Radio IKIM.

Turut serta pegawai Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji (TH) yang mengurus kebajikan petugas media sepanjang berada di Tanah Suci.

Media dijangka membuat liputan di Tanah Suci sehingga 20 September depan sebelum pulang ke tanah air.

Sementara itu, jurukamera Rangkaian TV MPB Ahmad Azizi Adnan, 42, menyifatkan peluang yang diberikan TH sangat bermakna dan tidak mahu melepaskannya.

“Selain bertugas, paling penting saya dapat mengerjakan rukun Islam kelima,” katanya.

Disiarkan pada: August 11, 2016 @ 9:51am
d