mutakhir

Konvoi amal merdeka

Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Putrajaya: Seramai 150 peserta terdiri daripada belia menyertai Konvoi Amal 1Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59 bermula semalam hingga 21 Ogos.

Konvoi anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Putrajaya dan mereka berlepas dari Dataran Putra, Presint 1 ke Kampung Batu Tiga Segari, Lumut, Perak.

Pelepasan peserta konvol itu disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dihadiri Presiden PPj Datuk Seri Hasim Ismail.

Menurut kenyataan media, belia yang menyertai program itu gabungan kelab bermotor Kawasaki Owner Group, Kelab Z250 Malaysia, Kelab HAVOC, Kelab WILHIN Motor dan mahasiswa Universiti Kuala Lumpur, Institut Teknologi Kejuruteraan Marin (UniKL MIMET).

Katanya, KWP dan PPj dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Skuad Muda 1JPJ Putrajaya, Majlis Bandaran Teluk Intan, Majlis Bandaran Manjung, Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) Kampung Batu Tiga Segari turut mengadakan gotong-royong, kempen bersih pantai, forum perdana, program santai belia dan ramah mesra bersama penduduk kampung.

“Program bertujuan melahirkan belia Wilayah Persekutuan kreatif dan inovatif melaksanakan aktiviti amal bakti dan ibadat kepada masyarakat.

“Ia memberi peluang anak muda Wilayah Persekutuan berdamping dengan komuniti luar bandar,” katanya.

Disiarkan pada: August 20, 2016 @ 5:22am
d