mutakhir

Jari manis 'meraung'

Sungai Buloh: Seorang lelaki Indonesia menahan azab lebih 30 minit apabila cincin di jari manis kanannya gagal ditanggalkan.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, mangsa dikenali sebagai Samsudin, 41, dipercayai terbabit dalam kemalangan sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun jari tangannya itu kian membengkak dan lebam berikutan cincin dipakai gagal ditanggalkan.

Susulan itu pihak hospital terpaksa meminta bantuan bomba dan penyelamat bagi memotong cincin itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh berkata, pihaknya menerima panggilan pihak hospital jam 8.16 malam dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

“Seorang lelaki mengalami masalah menanggalkan cincin di jari menyebabkan aliran darah tersumbat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan bagi menanggalkan cincin itu sebelum pihak hospital memanggil anggota bomba.

“Anggota menggunakan pemotong khas bagi memotong cincin itu,” katanya.

Disiarkan pada: August 22, 2016 @ 6:17am
d