mutakhir

Datuk ditahan terima rasuah

Putrajaya: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 64 tahun direman selama lima hari bermula semalam kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM500,000.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majisret, di sini, semalam.

Suspek yang juga terbabit dalam perniagaan pembalakan ditahan di rumahnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jam 4.40 petang kelmarin.

Difahamkan, suspek dikatakan menerima rasuah RM500,000 daripada seorang kontraktor kononnya bagi menguruskan kontrak membawa keluar kayu balak di sebuah negeri di pantai timur.

Jurucakap SPRM yang ditemui berkata, setakat ini, hanya suspek saja ditahan selain tiada apa-apa rampasan dibuat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta pencegahan rasuah.

Disiarkan pada: August 24, 2016 @ 7:10am
d