mutakhir

Pelancong teruja tonton raptai

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Pelancong di sekitar Dataran Merdeka di sini teruja walaupun hanya menyaksikan raptai hari pertama sambutan Hari Kebangsaan ke-59 semalam.

Mereka termasuk sebilangan penduduk tempatan terpesona dengan raptai yang diadakan dan ternanti-nanti hari sebenar sambutan Rabu ini.

Daniele Parisi, 41, dari Itali teruja dengan kerancakan persembahan dan perarakan raptai berkenaan.

“Sambutan di negara ini lebih berwarna-warni dan lebih ramai pesertanya berbanding di Itali,” katanya yang akan datang semula menyaksikan sambutan sebenar Rabu ini.

Pelancong dari Sepanyol, Victoria Martin, 27, teruja dengan penyertaan pelajar sekolah yang keadaan itu berbeza di negaranya.

“Sambutan di negara saya lebih kurang sama tetapi yang lebih menonjol di sini ialah penyertaan pelajar sekolah,” katanya.

Pelancong dari Jerman yang hanya mahu dikenali sebagai Mara, 23, tertarik dengan persembahan tarian.

“Di Jerman, kita tidak boleh melihat ramai orang menari di atas jalan,” katanya. – BERNAMA

Disiarkan pada: August 28, 2016 @ 5:08am
d