mutakhir

Ayam kampung tipu

Oleh Nabihah Kamal

Serdang: Hampir 90 peratus ayam kampung dijual di pasaran adalah tiruan kerana ia sebenarnya ayam daging warna atau disebut sebagai ayam kampung kacuk, sekali gus menyebabkan pengguna terpedaya.

Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Azhar Kasim berkata, kebanyakan pemborong mendakwa ayam daging warna adalah ayam kampung asli dan dijual dengan harga sekitar RM15 hingga RM25 sekilogram.

“Harga asal ayam daging warna hanya RM6.50 sekilogram, tetapi ia dijual sama dengan ayam kampung asli.

“Mereka (pemborong) juga menukar nama dengan meletakkan nama ayam kampung kacukan. Walhal ayam daging warna adalah sama seperti ayam daging komersial.

“Nama ayam kampung kacukan tidak sepatutnya digunakan kerana ia mengelirukan pengguna.

“Tambahan pula dengan menggunakan nama ayam kampung, pemborong terlepas daripada kawalan harga siling,” katanya.

Menurut Azhar, tempoh memelihara ayam daging warna hanya 40 hingga 45 hari saja.

Disiarkan pada: August 31, 2016 @ 8:23am
d