mutakhir

Tuah hasil video petikan gitar lagu raya

Kuala Lumpur: Petikan gitar lagu hari raya dimainkan abang kandung memberi inspirasi kepada seorang guru tuisyen mengajar di rumah untuk menghasilkan video menarik sehingga dipilih sebagai pemenang utama Peraduan Apa Cerita Raya Anda? sempena Kempen Rantaian Kasih HABIB.

Kemenangan itu, sekali gus membolehkan Khairunnissa Azman,24, menerima koleksi barangan kemas berlian dan batu permata HABIB bernilai RM21,000 yang disampaikan Pengurus Besar Kumpulan HABIB Mohd Zaruddin Mahmud di HABIB Jewels Sendirian Berhad, Ampang Point, di sini, semalam.

Tempat kedua, hadiah barang kemas berlian dan batu permata HABIB bernilai RM10,000 dimenangi Nor Azilah Maarof dan Mohd Rafiq Ismail pula tempat ketiga dengan memenangi hadiah barang kemas bernilai permata HABIB bernilai RM5,000.

Khairunnissa berkata, video berdurasi dua minit 30 saat itu rakaman kemeriahan Aidilfitri sepanjang hari pertama sehingga ketiga di rumah neneknya di Pagoh, Muar.

“Apabila abang kedua saya, Azahary, 26, memetik gitar lagu hari raya, nyanyian itu turut diikuti saudara-mara yang terdiri daripada kanak-kanak menjadikan suasana di rumah nenek lebih meriah,” katanya.

Disiarkan pada: September 8, 2016 @ 6:26am
d