mutakhir

Usah reka isu negatif berhubung 11 September

Oleh Safar Ahmad

Makkah: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom membidas pihak tertentu yang cuba mengaitkan tarikh pelancaran program World #QuranHour semalam sempena ulang tahun serangan ke atas Menara World Trade Centre, Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

Katanya, pihak berkenaan membuat kesimpulan mudah yang mahu melihat Islam dari sudut negatif kononnya pemilihan tarikh 9 September ada kena mengena dengan serangan pengganas yang mengorbankan ribuan nyawa itu.

“Saya hendak beritahu awal-awal lagi jangan kita sakitkan kepala dengan tanggapan ini sebab dalam hadis dan al-Quran tuntutan membaca al-Quran terlalu banyak.

“Ketika haji terakhir Rasulullah, dalam khutbah wada’ baginda menyebut hanya dua perkara yang ditinggalkan kepada umat dulu dan umat hari ini iaitu al-Quran dan sunah.

“Jangan mereka-reka isu dan berfikiran negatif berhubung tarikh 11 September ini,” katanya ketika melancarkan program World #QuranHour peringkat Arafah, semalam.

Disiarkan pada: September 12, 2016 @ 8:11am
d