mutakhir

Manfaat waktu dengan membaca al-Quran

Oleh Icka S Hassan

Shah Alam: “Kita perlu menggunakan setiap peluang untuk membaca dan menghafal al-Quran kecuali di tempat yang ditegah. Setiap umat Islam tidak seharusnya hanya memilih waktu tertentu untuk membaca kitab suci kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa,” kata penceramah bebas Mohammed Rozie Mohd Rejab.

Beliau mengulas paparan Skype pengacara siri Jejak Rasul Zainal Ariffin Ismail pada program World #QuranHour TV3 di Sri Pentas 2 di sini, semalam, yang membaca ayat suci ketika menunggang basikal.

Menurutnya, kesesakan jalan raya dialami warga kota perlu dimanfaatkan dengan membaca al-Quran.

“Baca surah apa saja yang kita hafaz. Kalau surah Dhuha, bacalah surah itu atau mana-mana ayat lazim. Paling tidak, baca surah tiga Kul (al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas),” katanya ketika ditemui selepas program itu, semalam.

Hadir sama, pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dan pelakon yang juga ikon program itu Datuk Rosyam Nor.

Disiarkan pada: September 12, 2016 @ 8:12am
d