mutakhir

Beruang dirempuh ketika melintas

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

Dungun: Seekor beruang matahari jantan mati dirempuh Proton Persona di Jalan Jerangau-Jabor di sini, kelmarin.

Haiwan seberat 40 kilogram itu dipercayai dirempuh ketika melintas berhampiran Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dekat sini, jam 10 pagi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian jam 10.20 pagi itu sebelum bergegaske tempat kejadian dan mendapati beruang jantan itu cedera pada anggota badan akibat dirempuh.

“Haiwan itu dipercayai melintas untuk mencari makanan di kawasan ladang buah-buahan berhampiran sebelum dirempuh kereta yang melalui kawasan berkenaan,” katanya.

Disiarkan pada: September 13, 2016 @ 8:50am
d