mutakhir

Cari abang wali nikah

Oleh myMetro

Kuala Lumpur: Seorang gadis mencari abang kandungnya yang hilang sejak 16 tahun lalu bagi mewalikan pernikahannya 2 Disember depan.

Nurhidayah Harith, 23, berkata kali terakhir dia bertemu dengan abang, Mohd Affendi, 40-an ketika darjah satu di rumahnya di Cheras.

“Sejak arwah bapa, Harith Mohd Mohd Noor meninggal ketika saya darjah satu, kami sekeluarga berusaha mencari abang tetapi dia sudah berpindah dari rumah di Cheras.

“Saya berharap abang boleh tampil bagi menjadi wali pernikahan saya pada 2 Disember depan,” katanya.

Nurhidayah berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai abangnya itu boleh menghubungi talian 017-6447695 atau 012-7444059.

Disiarkan pada: September 14, 2016 @ 9:04am
d