mutakhir

Stor kedai alat ganti kenderaan terbakar

Oleh Iskandar Shah Mohamed

Klang: Empat warga asing yang bekerja di sebuah pusat alat ganti kenderaan di Jalan Kapar di sini, terselamat apabila sempat menyelamatkan diri selepas menyedari satu daripada stor premis itu musnah terbakar, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, kebakaran memusnahkan hampir 40 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan terutama stor menyimpan pintu dan papan pemuka kenderaan terpakai.

Jarak lokasi kejadian yang terletak berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dan tindakan pantas bomba antara faktor api berjaya dikawal dengan cepat.

Ketua Balai Bomba Sungai Pinang Penolong Kanan Penguasa Bomba Zaidi Ahtan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan tiba tiga minit kemudian.

Disiarkan pada: September 17, 2016 @ 5:38am
d