mutakhir

CUEPACS kemuka tiga cadangan

Bayan Lepas: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan tiga cadangan dalam pembentangan Bajet 2017 berkaitan sektor awam yang perlu dipertimbangkan segera.

Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata, tiga cadangan itu termasuk tempoh perlantikan pekerja kontrak yang perlu dilanjutkan sekurang-kurangnya tiga tahun selain menghapuskan sistem kontrak ‘for-service’ yang dilihat tidak memberi kelebihan kepada penjawat.

Menurutnya, cadangan itu perlu dipertimbangkan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan supaya tidak dilabel atau disalah anggap menzalimi rakyat.

“Tempoh perlantikan pekerja kontrak perlu dilanjutkan kira-kira tiga tahun supaya tidak membazirkan masa pekerja disebabkan ditamatkan perkhidmatan apabila mencapai tempoh tiga hingga sembilan bulan.

“Selain itu, dengan tempoh yang singkat bagi pekerja kontrak juga akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali Ke-4 Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Hotel Tabung Haji, di sini, semalam.

Disiarkan pada: September 19, 2016 @ 5:16am
d