mutakhir

Patah kaki terbabas brek mengejut

Karak: Pemandu dan kelindan cedera selepas trak penunda dinaiki terbabas ketika cuba mengelak lori yang membrek secara mengejut di Kilometer 3.1, Lebuhraya Karak, di sini, jam 9 malam, kelmarin.

Pemandu trak penunda berusia 35 tahun patah kaki kiri manakala kelindan lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun cedera di dada selepas kenderaan terbabit melanggar tebing penghadang jalan.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, kejadian berlaku ketika trak penunda menunda treler rosak.

“Mangsa cuba mengelak, namun terlanggar penghadang jalan selepas lori di depan membrek secara tiba-tiba ketika menuruni bukit.

“Kejadian menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir 2 jam selepas dua daripada tiga lorong ditutup,” katanya.

Disiarkan pada: September 21, 2016 @ 6:37am
d