mutakhir

Lima ditahan guna khidmat urut wanita

Kuala Terengganu: Lima lelaki diberkas dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kerana menggunakan khidmat urutan wanita yang berselindung di sebalik pusat urutan refleksologi di beberapa lokasi di bandar raya ini, kelmarin hingga awal pagi semalam.

Ketua Penolong Pesuruhjaya JHEAT Nik Zulhaiza Ismail berkata, semua ditahan berusia 20 hingga 40 tahun.

“Turut ditahan wanita tempatan berusia 30-an yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat urutan yang diserbu.

“Ketika serbuan, semua mereka berada dalam keadaan mencurigakan ketika menggunakan khidmat urutan wanita warga asing di lokasi berasingan,” katanya.

Menurutnya semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Takzir) 2011 kerana berkhalwat dan Seksyen 29 enakmen
sama iaitu persediaan melakukan persetubuhan luar nikah,” katanya, semalam.

Disiarkan pada: September 25, 2016 @ 5:27am
d