mutakhir

Sumbangan RM1 juta

Kuala Lumpur: GCH Retail Malaysia Sdn Bhd (GCH Retail) memperuntukkan lebih RM1 juta bagi tujuan program amal tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pasaraya Besar Giant pada tahun ini.

Pengarah Hal Ehwal Korporat GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd Roseta Mohd Jaafar berkata, melalui program CSR dikenali Giant Loves My Community (GLMC) itu, pihaknya komited dalam usaha menyumbang semula khidmat mereka kepada masyarakat yang sentiasa menyokong pasar raya besar berkenaan.

“Kami mempunyai peruntukan lebih RM1 juta untuk program amal pada 2016. Kami akan melakukan sedaya upaya untuk mendekati masyarakat melalui 126 cawangan Giant kami di seluruh Malaysia.

“Ini kerana Giant benar-benar prihatin,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Pada Ogos lalu, seramai 20 sukarelawan Big Hearted Giants, Pasaraya Besar Giant Kelana Jaya melakukan pelbagai aktiviti menarik untuk menceriakan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Mitchell di Petaling Jaya, Selangor.

Aktiviti kraf dan seni yang dilakukan bersama 16 penghuni pusat berkenaan adalah anjuran Bahagian Hal Korporat GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd itu dan ia sebahagian program CSR berkenaan.

Disiarkan pada: October 6, 2016 @ 6:17am
d