mutakhir

Maut kerana lawan arus

Oleh Siraj Mohd Zaini

Shah Alam: Seorang pemuda maut selepas dipercayai menunggang motosikal secara melawan arus dan bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Kilometer 11.6, (KM) Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki kanan, manakala penunggang motosikal yang dilanggarnya dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan polis mendapati mangsa menunggang secara berbahaya dan dipercayai dalam kelajuan tinggi.

Disiarkan pada: October 9, 2016 @ 5:13am
d