mutakhir

Pekerja DBKL cedera dirempuh

Oleh myMetro

Kuala Lumpur: Seorang pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dalam kejadian langgar lari di Jalan Kuching, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi, mangsa, Musyarrofah, 23, warga Indonesia sedang menyapu daun kering di tepi jalan sebelum dirempuh dari belakang.

Difahamkan, orang awam menemui mangsa terbaring dan segera membuat panggilan kecemasan.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.05 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa didapati mengalami pendarahan di kepala,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Disiarkan pada: October 12, 2016 @ 10:11am
d