mutakhir

Tunggang motosikal 17 jam sehari

Shah Alam: Terpaksa menunggang motosikal 17 jam sehari demi mengejar masa selepas terperangkap dalam banjir antara cabaran diharungi bekas juara Cub Prix Wazi Abdul Hamid, 45, dalam menamatkan misi ‘Ride to Hajj 2016’.

Wazi selaku ketua misi bersama Meor Azhar Meor Raflan, 43, Napiah Mat Noor, 50, Othman Darus, 49, dan Azman Baharuddin, 52, tiba di Jeddah, Arab Saudi selepas menempuh perjalanan kira-kira 13,500 kilometer melalui beberapa negara seperti Thailand, Pakistan, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 29 Julai lalu.

Wazi berkata, mereka yang menunggang motosikal MODENAS GT128 berdepan banjir ketika di Myanmar mengakibatkan perubahan jadual perjalanan.

“Justeru, kami terpaksa menggunakan alternatif dengan menaiki kapal terbang, bas, feri dan lori untuk ke destinasi seterusnya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Wira Ride to Hajj 2016 yang dianjurkan Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Berhad (MODENAS), di sini, semalam.

Disiarkan pada: October 16, 2016 @ 5:17am
d