mutakhir

Elak dilanda kesan buruk

Oleh Hamizah Badiran

Alam menyimpan seribu satu bahan semula jadi yang mempunyai kebolehan merawat masalah kulit dan menjadikannya lebih cantik dan mulus.

Justeru, tidak mustahil bagi bahan semula jadi seperti herba, ekstrak tumbuh- tumbuhan dan buah-buahan dijadikan bahan utama dalam produk kosmetik berasaskan organik bagi tujuan kecantikan.

Menurut pemilik De Bali Spa & Slimming Centre, Norazila Azman, masyarakat harus dididik mengenai produk kosmetik yang berkesan dan selamat untuk digunakan tanpa menjejaskan kesihatan mereka dalam jangka masa panjang.

“Sebelum menggunakan sesuatu produk, kita perlu membuat penyelidikan seperti carian fakta di Internet sama ada bahan yang digunakan dalam produk kosmetik itu berbahaya atau tidak.

Norazila yang turut menghasilkan produk kecantikan sendiri di bawah jenama Vestella berpendapat bahawa produk kosmetik yang menggunakan bahan semula jadi mengambil masa untuk menunjukkan kesan dan pengguna perlu bersabar.

“Kebiasaannya, kesan optimum daripada pemakaian produk kecantikan dapat dilihat dalam tempoh antara empat hingga enam minggu.

“Namun, jika kesan yang dijanjikan terlalu cepat misalnya dalam tiga atau tujuh hari sahaja, produk tersebut berkemungkinan mempunyai bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan,” katanya.

Bercerita mengenai produk keluarannya, rangkaian produk kecantikan jenama Vestella terdiri daripada sabun pencuci muka organik ‘Vestella Vitamin C & Collagen’ dan ‘Skrub Kopi’ yang mempunyai shea butter untuk mengatasi masalah jerawat, pigmentasi, selulit dan dapat melembapkan kulit serta membantu mencerahkan kulit.

“Produk kecantikan Vestella juga dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari, mampu membantu merawat dan mengembalikan keanjalan kulit, ” jelas Norazila mengenai produk kecantikannya.

Tambahnya lagi, semua produknya berasaskan sumber yang halal dan bersih selain mampu mencantikkan serta memperbaiki tekstur kulit.

Norazila berkata, spa miliknya di Taman Subang Perdana itu juga menawarkan khidmat rawatan wajah, berurut dan bersauna yang berupaya menghilangkan kelesuan tubuh selepas penat bekerja.

Menurutnya lagi, sesekali tubuh badan perlu dibelai dan diberi perhatian khusus kerana ia membantu tubuh merasai kelegaan serta memberi ketenangan minda pada tahap maksimum.

Produk berasaskan organik terbukti terbaik

Golongan wanita perlu menitikberatkan rutin penjagaan wajah bermula dari usia yang muda untuk kekal jelita kerana jumlah kolagen akan semakin berkurangan selaras dengan peningkatan usia.

Walaupun sedar akan kepentingan ini, tidak ramai yang sanggup melayani tuntutan penjagaan wajah, apatah lagi mengamalkan rutin yang memerlukan banyak langkah dan menggunakan pelbagai jenis produk.

Menurut pengasas pusat kecantikan Seri Aida Cosmetic & Beauty, Suraidah Awang Kasa, perubahan pada kulit wajah bergantung kepada kandungan bahan di dalam produk itu.

“Bagi wanita yang mementingkan kejelitaan semula jadi, produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi harus dijadikan pilihan untuk mendapatkan kulit wajah sihat dan berseri.

“Gabungan rumusan bahan semula jadi seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan membolehkan kulit bernafas serta tidak membebankan pori,” jelas Suraidah.

Katanya, sesetengah produk kecantikan wajah yang mengandungi bahan kimia memberi kesan tidak baik kepada kulit seperti keradangan dan menipiskan kulit wajah dalam jangka masa singkat.

Percaya pada kelebihan bahan semula jadi, Suraidah menghasilkan produk kecantikannya sendiri berasaskan bahan organik untuk membantu wanita mendapatkan kulit wajah yang lebih bersih dan sihat.

Antara produk kecantikan wajah keluarannya terdiri daripada pencuci wajah, krim siang SPF26, bedak asas SPF25, Skin Refining Pack 2 in 1, set sel stem 3 dalam 1 dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan kulit wajah yang anjal dan awet muda, Suraidah menegaskan wajah perlu dicuci dengan bersih terutamanya sebelum tidur bagi menyingkirkan kotoran yang jelas pada wajah.

Penjagaan kulit wajah yang betul membantu membersihkan minyak tersumbat pada liang pori bagi mengelakkan masalah jerawat pada kulit wajah.

Disiarkan pada: October 19, 2016 @ 9:28am
d