mutakhir

Lari tinggal rokok seludup

Pelabuhan Klang: Tiga lelaki yang terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa terus melarikan diri dan meninggalkan 700 karton rokok seludup dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire di pesisir pantai Tanjung Sepat, berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Sepat, jam 5.45 petang kelmarin.

Ketika serbuan, ketiga-tiganya sedang memunggah rokok terbabit yang baru tiba dari negara jiran.

Pengarah Maritim Selangor Kapten Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, operasi khas itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam.

“Sebaik menyedari kehadiran Toyota Vellfire itu, kami menyerbu lokasi berkenaan.

“Namun tiga suspek yang sedang memunggah rokok terbabit melarikan diri dengan menaiki kenderaan lain malah sebuah bot pancung memecut ke laut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Disiarkan pada: October 20, 2016 @ 7:13am
d