mutakhir

Media Prima bolot 6 anugerah

Petaling Jaya: Media Prima Berhad (Media Prima) merangkul enam anugerah pada edisi ke-10 Anugerah Media Kementerian Kesihatan 2016 di Hotel Eastin, di sini, sebentar tadi.

Wartawan NTV7, Tan Poh Ling mengungguli kategori Promo Kesihatan Terbaik Televisyen (Bahasa Cina) dan Laporan Kesihatan Terbaik Televisyen (Bahasa Cina) menerusi laporan Beauty and The Breast (Barah Payu Dara).

Wartawan Berita Harian Hazwan Faisal Mohamad pula memenangi anugerah saguhati bagi Kategori Laporan Kesihatan Terbaik Akhbar Bahasa Melayu dengan laporannya, Tiga Penyakit Cegahan Vaksi Muncul Kembali.

Selain itu, wartawan TV3, Irin Putri Azmi dengan laporan Era Baharu Dunia Surgeri serta dua wartawan NTV7, Muhammad Ridhuan Hussain (World Health Day 2016: Beat Diabetes) dan Nur Alisa Yuzni Jamzuri (Undergoing Angioplasty) memenangi hadiah sagu hati kategori Laporan Kesihatan Terbaik Televisyen Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.

Disiarkan pada: October 21, 2016 @ 10:46am
d