mutakhir

Bapa terima skrol Allahyarham Maizulina

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meluangkan masa menyampaikan sendiri skrol Sarjana Sains Komunikasi Kemanusiaan kepada Zulkeply Harun, 60, bapa kepada Allahyarham Maizulina yang meninggal dunia akibat leukemia sempena Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-40, semalam.

Turut hadir Naib Canselor UPM Datin Dr Aini Ideris.

Dalam titah baginda, Sultan Sharafuddin mahu warga UPM terus memberikan perkhidmatan terbaik bagi mempertingkatkan lagi mutu serta keupayaan masyarakat dan negara.

Baginda yang juga Canselor UPM berharap graduan universiti itu agar bersatu hati untuk bersama-sama masyarakat dan pemimpin negara dalam memperkukuh serta meningkatkan perpaduan selain memastikan kestabilan negara.

Baginda bertitah, tiada yang membezakan antara graduan dan masyarakat di luar melainkan ilmu pengetahuan dan dengan ilmu yang dimiliki, graduan harus yakin serta percaya terhadap keupayaan diri sendiri untuk terus maju.

Disiarkan pada: October 23, 2016 @ 5:21am
d