mutakhir

Tersepit 15 minit dalam MPV

Melaka: Seorang wanita menahan kesakitan 15 minit akibat tersepit di tempat duduk belakang selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria dinaiki terbabas di Taman Muzafar, Ayer Keroh, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi Naza Ria dinaiki mangsa berusia 20-an bersama dua penumpang lain dipandu lelaki berusia 30-an dari Bukit beruang menghala Taman Muzafar.

Ketika melalui kawasan berkenaan Naza Ria itu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar pokok, pemandu dan dua lagi penumpang dapat keluar namun wanita terbabit terperangkap di dalam kenderaan itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Dzulkarnain Abd Halim berkata, seorang pegawai dan empat anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.08 pagi.

Disiarkan pada: November 5, 2016 @ 10:08am
d