mutakhir

Seksa cincin tersangkut

Ipoh: Seorang wanita terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit apabila cincin yang dipakainya di jari manisnya tersangkut dan tidak dapat dikeluarkan sebelum menghubungi bomba untuk membantu memotong cincin itu, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam di Jalan Hassan Lim Garden, di sini, jari manis sebelah kanan S Thenmalar bengkak selepas cincin yang dipakainya tidak dapat ditanggalkan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.32 malam sebelum bergegas ke rumah wanita itu untuk memberikan bantuan.

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit memotong cincin yang tersangkut di jari mangsa dengan menggunakan alat pemotong.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan lain cuma bengkak di jarinya,” katanya.

Disiarkan pada: November 6, 2016 @ 7:52am
d