mutakhir

LPP serah 10 trak sejuk beku

Kuala Lumpur: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) semalam menyerahkan 10 trak sejuk beku kepada sembilan cawangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) membabitkan kos belian kira-kira RM1.2 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek berkata, agihan trak berkenaan dibuat secara berperingkat tahun ke tahun bagi memperkasa industri pengeluaran makanan negara pada masa akan datang.

“Program ini bertujuan melengkapkan model rantaian nilai penubuhan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) di bawah kendalian LPP.

“Program ini berperanan membantu petani khususnya ahli peladang memasarkan keluaran dan hasil pertanian menerusi PPHP, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah,” katanya selepas menyempurnakan penyerahan trak di pekarangan Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin, di sini, semalam.

Disiarkan pada: November 15, 2016 @ 7:12am
d