mutakhir

Agong hadir majlis kahwin anak Presiden MSU

Shah Alam: Duli Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis perkahwinan anak perempuan Presiden Management & Science University (MSU) Tan Sri Mohd Shukri Yajid, malam kelmarin.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pro Canselor MSU Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Baginda dan Tuanku Hajah Haminah yang juga Canselor MSU turut santap bersama kedua-dua pengantin iaitu Sakinah Mohd Shukri, 26, dan pasangannya Mohd Sabri Sudin, 27.

Sakinah yang juga anak sulung kepada Mohd Shukri dan Puan Seri
Dr Junainah Abd Hamid, adalah graduan MSU dan kini menuntut di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pemasaran Pendidikan di Coventry University, United Kingdom.

Manakala, Mohd Sabri juga graduan daripada universiti sama.

Pasangan itu dinikahkan di kediaman pengantin perempuan di Seksyen 7
di sini, Jumaat lalu.

Disiarkan pada: November 15, 2016 @ 7:16am
d