mutakhir

Syok beli 'bundle' RM1

Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Kuala Langat: Promosi yang ditawarkan boleh dikatakan tidak masuk akal, namun itulah realitinya apabila JBR Bundle yang akan membuka cawangan terbarunya di Hulu Langat Sabtu ini, memberi promosi istimewa untuk pengunjung khususnya peminat barangan terpakai atau ‘bundle’.

Selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad ini, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan pada harga serendah RM1, RM2 dan RM5.

Lebih menarik, pelanggan yang membeli barangan pada harga RM2, RM5 dan RM12.90 akan menerima satu lagi barangan percuma pada harga sama atau dalam erti kata lain beli satu percuma satu.

Promosi istimewa itu hanya boleh didapati di cawangan terkini JBR Bundle di Hulu Langat hujung minggu ini.

Pemilik JBR Bundle Abdul Jabbar Bachtiar Nasution, 31, berkata, tawaran istimewa itu disediakan khas buat pelanggan mereka serta peminat bundle dari seluruh negara.

Menurutnya, cawangan di Hulu Langat itu adalah yang ke-11 di seluruh negara dan yang terbesar setakat ini dengan keluasan 20,000 kaki persegi.

Katanya, lebih 40,000 pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak selain kasut, aksesori serta pelbagai barangan rumah boleh didapati di cawangan itu.

“Ini cawangan terbesar JBR Bundle setakat ini dan ia menawarkan pelbagai jenis pakaian, aksesori serta kelengkapan rumah kepada pelanggan.

“Pada hari pembukaan Sabtu ini atau 26 November ini, kami menyediakan promosi istimewa untuk pengunjung, saya berharap orang ramai tidak melepaskan peluang ini,” katanya.

Abdul Jabbar berkata, cawangan terbaru itu akan beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga jam 4 pagi.

Menurutnya, pelbagai barangan yang ditawarkan itu adalah berkualiti dan ia diimport dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, United Kingdom (UK) dan Korea Selatan.

“Saya beri jaminan produk yang kita tawarkan ini berkualiti dan diimport terus dari negara pengeluar berkenaan,” katanya yang berpengalaman dalam bidang perniagaan bundle sejak lebih 10 tahun lalu.

Antara jenama yang ditawarkan sempena pembukaan itu ialah Levi’s, Lee, Wrangler, Uniqlo, Gap, Polo dan Edwin.

Selain Hulu Langat, JBR Bundle memiliki 10 cawangan lain termasuk gudang dan butik iaitu di Kanchong Darat, pekan Banting; Pelabuhan Klang; NSK Kuchai Lama; Hentian Kajang; Bandar Kajang; Mydin MITC, Melaka; Giant dan Kipmart, Bachang, Melaka serta Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook dan Instagram JBRBundle atau hubungi talian 013-6295755 serta 017-2808651 (WhatsApp) atau pejabat di 03-31815676.

Disiarkan pada: November 24, 2016 @ 8:32am
d