mutakhir

Padah ceroboh memukat

Georgetown: Bahana memukat ikan di kawasan tidak dibenarkan, sebuah bot pukat tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada kedudukan 1.9 batu nautika barat daya Mukah Head di sini, kelmarin.

Dalam operasi sekitar jam 8 malam itu, sepasukan anggota peronda APMM terserempak bot berkenaan ketika memukat di kawasan berkenaan.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Kapten Maritim Rozali Mohd Said berkata, hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong bersama dua awak-awak warga tempatan berada di atas bot berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati semua mereka berusia 39 hingga 63 tahun dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 kerana kesalahan melanggar syarat lesen iaitu memukat ikan kurang dari lapan batu nautika dari pantai.

Disiarkan pada: November 27, 2016 @ 9:17am
d