mutakhir

Sambutan luar biasa!

Oleh Ayusliza Azizan

Kuala Langat: Promosi JBR Bundle ‘beli satu percuma satu’ bersempena pembukaan cawangannya yang ke-11 di daerah ini mendapat sambutan luar biasa.

Harga yang ditawarkan serendah RM2, RM5 dan RM12.90 membabitkan pelbagai barangan pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak itu bukan saja menarik peminat bundle tempatan, malah dari luar negara.

Pelanggan yang hadir, Fairuz Yoa Saadun, 32, berkata, pembukaan JBR Bundle amat dinantikan dengan promosi ditawarkan dan barangan berkualiti.

“Saya peminat tegar barangan terpakai dan setiap hari akan cuba mengunjungi mana-mana kedai bundle untuk mencari barangan yang sukar didapati di pasaran sekiranya terdapat masa terluang.

“Ia menjadi satu kepuasan apabila berjaya mendapatkan barangan atau pakaian yang pelik atau atau klasik pada harga yang murah serta berjenama,” katanya yang datang dari Kuantan, Pahang.

Bagi Aizza Maria Bakri, 33, dia mula meminati membeli barangan terpakai sejak berkahwin apabila terikut dengan minat suaminya.

Katanya, dia mula sedar membeli pakaian ‘bundle’ bukan sesuatu yang teruk malah berbaloi kerana kos RM100 membolehkannya mendapat beberapa helai pakaian termasuk barangan keperluan lain.

Menurut Aizza, dia amat berpuas hati kerana selain boleh mendapatkan pakaian anak-anaknya, dia membeli barangan seperti cadar, tuala dan pelbagai barangan yang masih elok pada harga murah.

Sementara itu, pemilik JBR Bundle, Abdul Jabbar Bachtiar Nasution, 31, berkata sempena pembukaan cawangan baru itu, lebih 30 pekerja ditempatkan bagi melayani pelanggan yang hadir.

“Harga promosi yang ditawarkan bertujuan menghargai pelanggan setia dan baru malah peniaga bundle lain mendapatkan barangan terpakai yang diimport dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, United Kingdom (UK) dan Korea Selatan.

“Cawangan terbaru ini menyediakan tempat lebih luas dan pelanggan dapat menikmati pelbagai variasi pakaian terpakai yang diperoleh dari luar negara,” katanya.

Disiarkan pada: November 28, 2016 @ 9:37am
d