mutakhir

Hanya tunggu 10 saat

Putrajaya: Hanya antara lapan hingga 10 saat.

Itu tempoh diperlukan untuk pemeriksaan dokumen perjalanan selepas penguatkuasaan pelaksanaan ‘Secured Automated Clearance System’ atau M-BIKE mulai esok di dua pintu masuk Malaysia-Singapura.

Sistem yang akan digunakan di dua pintu masuk Malaysia-Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di situ.

Kementerian Dalam (KDN) dalam kenyataannya berkata, M-BIKE adalah sistem dibangunkan khusus bagi penunggang dan pembonceng motosikal warganegara Malaysia berdaftar yang membolehkan pemeriksaan dokumen perjalanan melalui pintu masuk Malaysia-Singapura dilaksanakan secara automatik.

“Sistem ini adalah inisiatif terbaharu kerajaan untuk menambahbaik kawalan keselamatan di pintu masuk negara,”katanya.

Disiarkan pada: November 29, 2016 @ 7:35am
d