mutakhir

3 pelanggan bertuah

Kuala Lumpur: Tiga pelanggan bertuah Home Direct Shopping (HDS) Sdn Bhd diumumkan sebagai pemenang Kempen Keenam Best Products bagi sesi 1 Ogos hingga 31 Oktober lalu.

Abdul Razak Mat Som dari Ipoh, Perak diumumkan pemenang hadiah utama dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000.

Tempat kedua dimenangi pelanggan dari Johor Bahru, Johor Azizah Karim yang membawa pulang wang tunai RM30,000 manakala hadiah ketiga bernilai RM3,999 menjadi milik Zainab Saad dari Pulau Pinang kerana membuat pesanan paling pantas.

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya baru-baru ini dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Best Products Yeap Leng Leng, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Penghargaan Pelanggan Best Products Ahmad Md Isa, Pengarah Syarikat Best Products Datuk Shaharudin Arissin, kakitangan serta rakan niaga Best Products.

Kempen itu menyenaraikan pelbagai produk atas khidmat pesanan melalui katalog mel eksklusif. Produk ditawarkan seperti kelengkapan rumah, penjagaan diri dan produk kesihatan. Ia juga memenuhi keperluan pengguna yang kesuntukan masa untuk membeli-belah.

Disiarkan pada: December 2, 2016 @ 7:38am
d