mutakhir

50 ahli alumni hulur bantuan

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuching: Terpanggil untuk membantu etnik Rohingya yang ditindas, seramai 50 ahli Alumni Kelas 1996 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road menghulurkan bantuan menerusi Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima, semalam.

Sejumlah RM7,109.80 diperoleh hasil kutipan diadakan pada majlis makan malam tahunan anjuran persatuan alumni berkenaan di bandar raya ini, baru-baru ini.

Penganjur kutipan, Emmie Jasmin Ehsan berkata, pihaknya sepakat menghulur sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima kerana bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung etnik berkenaan di Myanmar.

Menurutnya, makan malam yang dianjurkan itu adalah program tahunan dan perhimpunan kali ini lebih bermakna apabila ahli alumni sekolah itu turut menghulurkan sumbangan kepada etnik Rohingya.

“Penderitaan yang dialami etnik Rohingya pasti menyentuh hati sesiapa saja yang melihatnya,” katanya selepas menyerahkan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima kepada kepada Pengurus Cawangan New Straits Times Press Bhd (NSTP) Kuching Venitia Samuel, semalam.

Disiarkan pada: December 7, 2016 @ 9:37am
d