mutakhir

44 tahun berbakti

Kuala Lumpur: Selepas 44 tahun menabur bakti bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Panglima ATM ke-18, Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zain mengakhiri kariernya dengan penuh cemerlang sepanjang lebih lima tahun menerajui pucuk pimpinan tertinggi angkatan tentera itu.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu melepaskan jawatan kepada Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkuat kuasa hari ini.

Beliau akan bercuti selama enam bulan sebelum menjalani tempoh persaraan wajib bermula Jun tahun hadapan.

Zulkifeli, 62, dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) pada 15 Jun 2011 dan memegang jawatan itu selama lima tahun enam bulan.

Sempena persaraannya itu, beliau diraikan dalam Majlis Perbarisan Penghargaan PAT ke-18 dengan penuh adat istiadat ketenteraan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, semalam.

Zulkifeli bersama isteri, Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang tiba jam 8.30 pagi dan diberi tabik hormat dengan diiringi terbang lintas hormat empat helikopter membawa bendera tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Disiarkan pada: December 16, 2016 @ 9:56am
d