mutakhir

Ajal rempuh belakang lori

Sungai Buloh: Seorang lelaki berusia 31 tahun maut tersepit sejurus pacuan empat roda dipandu merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 452.2, Lebuhraya PLUS di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi semalam, mangsa, Ho Tat Weng, yang dipercayai memandu seorang diri sedang dalam perjalanan menghala ke selatan.

Bagaimanapun ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa gagal mengelak lori berkenaan dan terus merempuhnya menyebabkan pacuan empat roda dipandu remuk teruk.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6.44 pagi dan sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, mangsa masih tersepit di dalam kenderaannya serta cedera parah di badan dan muka.

“Petugas perubatan Hospital Sungai Buloh yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia dan anggota bomba kemudiannya menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit,” katanya.

Disiarkan pada: December 23, 2016 @ 8:57am
d