mutakhir

23 leka main judi 'Ngau' ditahan

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Seramai 23 lelaki tempatan yang leka bertaruh judi jenis ‘Ngau’ sambil ditemani sembilan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan polis di sebuah pusat hiburan di Taman AST, di sini, kelmarin.

Serbuan jam 2 hingga 5 petang dijalankan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerusi Op Dadu Khas.

Sumber berkata, semua mereka ditahan dalam bilik karaoke ketika mengelilingi meja snuker yang dijadikan tempat perjudian.

“Serbuan dibuat sebaik polis menerima maklumat awam mengatakan bilik di tingkat bawah itu dijadikan lokasi perjudian daun terup.

“Dalam serbuan, semua suspek yang terkejut cuba melarikan diri, namun dikepung,” katanya.

Sumber itu berkata, polis merampas wang tunai lebih RM37,000 berserta alatan perjudian seperti daun terup.

Disiarkan pada: January 1, 2017 @ 6:08am
d