mutakhir

Pemuda tersepit kereta hilang kawalan

Oleh Khalid Latip

Sarikei: Sarikei: Seorang lelaki selamat walaupun Perodua Viva dipandunya bertembung dengan lori di Kilometer 430, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di sini, jam 11 malam kelmarin.

Nur Fazli Sajeli, 20, hanya cedera di tangan kanan dan kaki kiri akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Sarikei Pemangku Superintendan Mat Jusoh Mohamad berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Betong.

“Siasatan awal, Polis mendapati Perodua Viva itu hilang kawalan lalu termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.

“Pemandu lori yang berusia 40 tahun selamat,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa
ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Disiarkan pada: January 2, 2017 @ 9:33am
d