mutakhir

Bukan limpahan bah dari Thailand [METROTV]

Oleh myMetro

Rantau Panjang: Tiada fakta mengatakan banjir yang melumpuhkan pekan Rantau Panjang sejak kelmarin disebabkan limpahan bah dari Narathiwat, Thailand.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, setakat ini maklumat diperoleh mendapati banjir disebabkan limpahan air Sungai Golok yang bersempadan dengan negara itu.

Katanya, kerajaan akan memantau kemungkinan berlaku limpahan air bah dari Thailand sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita akui ada kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat di Rantau Panjang dan Tumpat berhubung banjir besar di Narathiwat, Thailand.

“Mereka bimbang sekiranya limpahannya membawa hingga ke daerah ini, namun kita akan memantau dan bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi sebarang maklumat.

“Kedua-dua kerajaan sentiasa berhubung menangani banjir,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Rantau Panjang 2.

Disiarkan pada: January 4, 2017 @ 9:29am
d