mutakhir

Parah diserang hendap

Oleh Nadzreen Shah Mat Salim

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui terbaring berlumuran darah selepas kepalanya dipercayai dihentam dengan objek tumpul.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari semalam, mangsa, Khen San Vung, 40-an ditemui terbaring oleh orang ramai di Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini.

Difahamkan, mangsa diserang dari arah belakang menggunakan senjata tumpul hingga menyebabkannya dalam keadaan separuh sedar.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Cheras, Baharizam Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.39 tengah hari dan sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Anggota polis yang berada di lokasi kejadian memaklumkan mangsa dipukul dan ditinggalkan di lokasi itu oleh suspek.

“Mangsa turut mengadu mengalami kesakitan di bahagian belakang badannya akibat dipukul.

“Anggota APM kemudian memberikan rawatan kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Disiarkan pada: January 4, 2017 @ 9:57am
d