mutakhir

Rindu berdakwah

Oleh Asrizal Aris

Kuala Lumpur: Saya rindu untuk kembali berceramah,” itu kata pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim, 48, yang menerima rawatan sejak 31 Oktober lalu akibat masalah tulang belakang.

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Bollywood sudah dipindahkan ke sebuah hospital swasta sejak 23 Disember lalu selepas 53 hari mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Katanya, meskipun terpaksa mendapatkan rawatan fisioterapi dan susulan hampir setiap hari, beliau menyatakan keadaannya kini stabil dan sudah 90 peratus pulih.

“Memandangkan saya tidak boleh berjalan, berdiri dan duduk lama, saya terpaksa menerima rawatan untuk memastikan tahap kesihatan saya betul-betul memuaskan.

“Sudah dua bulan lebih saya tidak berceramah, rindu pula untuk berceramah semula.

“Saya berharap rakan dan mereka yang mengenali saya mendoakan kesihatan saya supaya saya boleh meneruskan aktiviti dakwah serta penulisan saya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, beliau gembira kerana ramai yang tidak putus-putus datang menziarahinya ketika di Hospital Sungai Buloh termasuk rakan seperjuangan yang sempat melawat meskipun giat menjalankan aktiviti dakwah.

“Di sini (hospital), saya masih boleh melayan dan membalas pertanyaan orang ramai melalui WhatsApp dan saya harap maklum balas daripada kami diterima sebaik-baiknya,” katanya.

Ustaz Haslin juga adalah penulis bagi ruangan An-Nur di Metro Ahad.

Disiarkan pada: January 6, 2017 @ 10:04am
d