mutakhir

Rakyat Singapura sanggup bayar lebih

Oleh myMetro

Pelabuhan Klang: “Peniaga akan mencari pasaran lebih menguntungkan termasuk atas faktor permintaan pelanggan yang sanggup membayar harga lebih tinggi.

“Ia dianggap sebahagian proses pasaran biasa dan kita tidak mahu menghalang usaha pengeksportan seumpama itu,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau mengulas isu sayuran yang dieksport ke Singapura terdiri daripada gred A iaitu berkualiti tinggi berbanding gred B yang dijual di pasaran tempatan.

Menurut Ahmad Shabery, kementerian setakat ini tidak bercadang mengehadkan eksport sayuran gred berkenaan kerana ia mendapat permintaan tinggi di negara jiran itu.

“Rakyat Singapura sanggup membayar pada harga mahal untuk membeli sayuran berkualiti. Saya percaya jika pengguna tempatan juga sanggup berbuat demikian, kemungkinan peniaga memberi keutamaan kepada mereka.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan pemeriksaan bekalan limau Mandarin di Pelabuhan Klang Utara di sini, semalam.

Disiarkan pada: January 18, 2017 @ 10:28am
d